TENTANG SYARIKAT

                                  
KOPERASI SHAMELIN BERHAD
Koperasi shamelin berhad atau lebih dikenali sebagai Shamelin, adlah sebuah koperasi berdaftar yang ditubuhkan pada 13 April 1971 dengan tujuan untuk meningkatkan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.
Pada awal tahun 80an, Shamelin telah memulakan projek pembangunan Taman Shamelin Perkasa di atas sebidang tanah milik sendiri seluas 135 ekar di Cheras, Kuala Lumpur yang mengandungi bangunan-bangunan kediaman, perdagangan dan perkilangan. Kejayaan projek ini telah melonjak Shamelin jauh di dalam arus perdana kegiatan ekonomi.
Pada tahun 2009 Shamelin telah diiktiraf ANGKASA sebagai antara koperasi yang terbaik di Malaysia, di mana setakat ini, Shamelin memegang aset dan rizab tunai RM300 Juta.
Shamelin Bina Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat penuh Koperasi Shamelin Berhad yang bergiat aktif di dalam industri MLM.



SHAMELIN BINA SDN. BHD. ditubuhkan pada Mei 2008, Shamelin Bina merupakan syarikat MLM tempatan yang menengahkan produk-produk kesihatan berasaskan manggis, dengan objektif untuk menyediakan platform perniagaan menyeluruh dan adil bagi semua lapisan masyarakat.
Produk utama kami "Jus Manggis Shamelin" telah mendapat sambutan pasitif diseluruh negara, disokong oleh testimoni-testimoni hebat yang kebanyakkanya melibatkan penyakit-penyakit kronik. Dari sudut perniagaan pula, kini lebih ramai pengedar-pengedar kami yang meraih pendapatan bulanan 5 ke 6 angka dan telah menerima insentif tabung kereta mewah.
Setakat Disember 2009, keahlian Shamelin Bina mencecah 13, 000 ahli dengan 600 stokis di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk kecermelangan berterusan, kami juga membangunkan progam pendidikan 'Shamelin Business School', sebagai inisiatif untuk memastikan ahli-ahli kami mendapat suntikan ilmu cukup, bukan sahaja untuk berjaya dalam perniagaan, tetap juga untuk melahirkan insan berilu dikalangan keluarga niaga Shamelin Bina.