Jumaat, 2 Julai 2010

SHAMELIN BUSINESS SCHOOL..

Seperti yang masyarakat umum maklum, MLM membuka peluang yang adil untuk berjaya atau menjadi jutawan. Tetapi pada hakikatnya, tidak semua yang menceburi dalam perniagaan ini berjaya. Di Shamelin Bina, kami amat menitik beratkan budaya ilmu di kalangan ahli-ahli. Ini sejajar dengan matlamat utama untuk bukan sahaja melahirkan usahawan berjaya, malah melahirkan insan yang berilmu dan berkebolehan.


Apakah 'Shamelin Business School'?

Shamelin Business Shcool (SBS) merupakan satu program pendidikan/latihan yang berstruktur yang dibangunkan dengan objektif utama untuk memberi suntikan ilmu yang cukup untuk anda berjaya. Melalui SBS, anda menikmati situasi 'win-win' di mana tiada ruginya anda menyertai perniagaan kami, kerana ilmu-ilmu yang diraih, anda boleh aplikasikan di luar perniagaan Shamelin Bina.


Bagaimana Shamelin Business School Membantu Anda

Di SBS, kami mempunyai lebih 50 penceramah yang berpengalaman luar dalam perniagaan MLM untuk melatih anda. Sekiranya anda melengkapi kesemua kursus SBS, anda akan:
  • Membina keyakinan tinggi untuk berniaga

  • Menjadi seorang pemimpin yang boleh berkemampuan melahirkan pemimpin lain

  • Menjadi seorang penceramah
  • Membina keterampilan diri yang menarik

  • Menjadi usahawan yang beretika


Tiada ulasan:

Catat Ulasan